LEGASI
KAMI.
Solusi "All-In-One"
Untuk Hartanah Anda.
Icha Luffy Enterprise (JM0936560-M) ialah penyedia perkhidmatan handyman, penyelenggaraan, dan renovasi yang berpusat di Johor, Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 2020, kami komited membantu pemilik rumah dan perniagaan mendapatkan solusi teknikal yang pantas dan berkualiti.
Apa yang membezakan kami ialah pendekatan “all-in-one” – anda tidak perlu mencari kontraktor berbeza untuk masalah yang berlainan. Dari membaiki paip bocor hingga renovasi besar, semuanya di bawah satu bumbung.
Misi Kami
Memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi dengan hasil kerja profesional, mesra bajet, dan menepati masa.
Visi Kami
Menjadi pilihan utama di Malaysia untuk perkhidmatan handyman, penyelenggaraan, pemasangan, dan renovasi.
Kenapa Pilih Icha Luffy?
Boleh Dipercayai
Janji tepat masa dan hasil kerja yang sentiasa kemas.
Harga Berpatutan
Sesuai dengan bajet anda tanpa kompromi kualiti kerja.
Berpengalaman
Pasukan berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang teknikal.
Fleksibel
Dari servis segera hingga ke projek renovasi jangka panjang.